SELAMAT
DATANG!


Monday, August 16, 2010 3:24 PM
Hello.


SELAMAT TENGAH HARI SEMUA!
Hehe, sekarang ini saya berada di Makmal Komputer di sekolah. Dan Azra sedang duduk di sebelah saya. :D

Oh, kepada semua orang Muslim di luar sana, SELAMAT BERPUASA YA!

Saya tidak mempunyai idea langsung. -______-
TAHUKAH ANDA BAHAWA HARI JADI SAYA AKAN DATANG?!
SUNGGUH MENYERONOKKAN, KAN?!
saya tahu.

Minggu lepas, Singapura telah menyambut hari jadinya ke 45. Seperti tahun-tahun yang lain, kami akan mempunyai NDP. Tahun ini, ia diadakan di Padang. Hmm, saya tidak dapat ke sana tetapi saya juga dapat menontonnya secara 'live'. Melalui televisyen.

Saya berasa bangga terhadap Singapura. Kecil, tetapi 'BOOMZ!'. Sama macam Cik Linda. Kami juga akan mengadakan 'Youth Olympic Games' di sini. Seronok kan? Dapatlah lihat atlet-atlet kacak dari luar negeri di Singapura. Alahai!

Saya pasti semua orang akan bersetuju apabila saya berkata bahawa Acara Perbukaan YOG lebih 'WOW' daripada NDP. Pfft, mestilah! Kata seluruh dunia akan menontonnya. :D

Labels:



Saturday, August 7, 2010 9:27 AM
Semalam hari Jumaat.




Selamat pagi semua!
*muahmuah*

Semalam, sekolah saya meraihkan Hari Kebangsaan dan juga Hari Keharmonian Kaum. Kita harus ke sekolah memakai kostum etnik. Saya memakai baju kurung berwarna ungu. Saya tahu, tidak begitu menarik untuk memakai kostum kaum sendiri, tetapi, apa nak buat?


Saya ke sekolah dengan Syazwani kerana berasa malu dan tidak selesa jika menaiki kenderaan awam dengan baju kurung. Bapak dia memandu kami ke sana. Oh, terima kasih Syaz kerana membuat saya sampai lewat ke sekolah. -_- Lambat 5 minit! Tetapi alhamdulillah, Cik Nair membenarkan kami naik ke dewan.

Saya tidak mempunyai beg yang sesuai dengan baju kurung saya, jadi, saya menggunakan beg yang "Cheapo" yang makcik- makcik akan bawa ke pasar untuk menggantikan beg plastik. Tetapi ia dari Levis dan warnanya hitam- warna yang boleh diggunakan untu
k apa saja warna. Hehe.

Sebelum menyanyikan lagu kebangsaan, ahli-ahli UG membaris membawa bendera Singapura dan Sekolah. Cantik sungguh! Semua orang di dewan menyanyikan lagu kebangsaan dan sekolah dengan bangga. Selepas itu, kami disuruh untuk balik ke kelas untuk membuat sebuah karya yang melibatkan menampal gambar- gambar dari majalah. Kumpulan saya amat gerek! Kami berkerjasama dan bergembira. Saya menyuruh Batrisyia memetik gambar untuk saya, dan semuanya cantik-cantik.



Pada pukul 9.15 pagi, kami turun ke dewan untuk menyaksikan perayaan untuk meraihkan Hari itu. Kami juga mempunyai kawan-kawan dari Changsha, China. Perayaan itu sungguh menarik. Kawan- kawan dari China juga telah menyiapkan sebuah item untuk kami. Menjoget, memain seruling. Wah, mereka semuanya berbakat.

Oh, kelas kami mendapat hadiah! Coklat.Coklat dan coklat! :DD kelas 2G2 pun dapat.

Selepas sekolah tamat, saya dan Azra bergambar dengan kawan- kawan baik kami.



Labels:



Thursday, August 5, 2010 8:51 PM
Salam.


*muahmuah*
Sudah lama saya tidak menulis sebuah kiriman peribadi. Tepat 16 hari. Alhamdullilah, peraduan Blogging itu pun sudah tamat. Lega sedikit hati saya.


Oh,
SEDARA SAYA YANG TERAMAT HANSEM,
SUDAH BALIK KE BAHRAIN! )':


Kapal terbang naik kelas perniagaan pula ini. Saya sungguh cemburu dan berasa sungguh sedih kerana tidak akan dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mereka. Alahai >.<

Labels:



Sunday, August 1, 2010 8:07 PM
Ya Ampun!




Inilah lagu Bulan Bahasa edisi Nisa. Sungguh tidak semerdu Siti, )':
Jangan dengar lah.

Labels:




Website counter