SELAMAT
DATANG!


Wednesday, July 14, 2010 7:26 PM
alahai.


Salam Sejahtera semua.

Sudah hampir seminggu saya tidak menulis apa-apa di blog Melayu ini. Blogging menggunakan Bahasa Melayu amat kekok kepada saya. Tapi, saya akan CUBA! :D

Hmm, Nisa, awak apa khabar?
Alhamdullilah saya baik. Sudah tiga minggu semenjak sekolah buka semula untuk penggal ke-3. Saya kini amat sibuk dengan kerja rumah dan juga activiti-activiti di sekolah. Selepas satu bulan tidak ke sekolah, saya terlupa bagaimana rasanya untuk, er, ke sekolah dan belajar. Hampir setiap hari saya harus pulang ke rumah lambat. Ada pelbagai activiti tambahan. Terutama sekali, KELAB HIJAU.


Minggu ini.
Oh, mulalah activiti 'H&F' pada setiap pagi. Daripada pukul 6.45 pagi ke 7.15 pagi. Ini hanya wajib untuk orang yang GEMOK sahaja. Dan, nampak sah saya adalah salah satu daripada mereka. Kerana ini saya harus keluar rumah pada pukul 6.15 pagi. Ini sungguh penat dan membosankan. Dahulu, pada pukul 6.45 pagi saya masih di stesen tukar-menukar menunggu bas untuk ke sekolah. Tetapi, saya hanya boleh menyalahkan diri saya kerana menjadi gemok.

Hari terfavorit saya masih hari Jumaat.

Labels:




Website counter