SELAMAT
DATANG!


Thursday, July 15, 2010 5:46 PM
kedua.


Alahai, penatnya.
Sekarang sudah pukul 5.30pm dan saya baru pulang dari sekolah. Hehe, tapi dapatlah merayap ke Pusat Membeli- belah Northpoint sekejap. Akhirnya, dapat juga saya pulangkan buku-buku perpustakaan yang saya pinjam dua minggu lalu untuk peraduan menulis karangan yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu. Lega hati saya. Berbicara tentang pertandingan karangan itu...

Bagaimana dengannya?
Hmm, boleh tahan. Selain daripada harus bangun awal pada hari Sabtu, ia agak menarik dan menyeronokkan. Saya ke sana dengan Farah, Azarina dan Siti. Kami pun pergi ke Woodlands Civic Centre untuk menjumpai Cikgu Jariah dan Amin. Di sana, saya dan Siti nampak banyak kawan-kawan dari sekolah rendah. Maklumlah, kamikan dari sekolah rendah yang sama. Sampai sahaja di sana, kami pun mendaftarkan diri. Auditorium mereka bawah tanah. Sungguh 'cool' !

Kerana kami ke sana awal, kami terpaksa menunggu selama satu jam lebih sebelum mereka mulakan peraduan itu dan juga menunggu peserta dari sekolah-sekolah lain untuk sampai. Saya agak kecewa kerana di sana tidak ada lelaki yang tampan. Eheh, mentelnya saya. >.<

Topik pada hari tersebut adalah "Impian dan *perkataan ini saya sudah lupa*" Topik itu agak susah. Dan kerana kebanyak peserta-peserta tidak tahu apa untuk menulis (seperti saya) kami menggunakan contoh yang diberikan oleh pengacara sebelum mula peraduan. Ceritanya mesti ada orang yang berpenyakit.

Peraduan itu berlansung selama kira-kira dua jam. Selepas itu, Cikgu Jariah yang TERAMAT baik hati belanja kami makan tengahari di Cafe Galileo.

Hmm, gadis mana yang tidak gosip?
Jadi kami pun gosip. Termasuk Amin. Hahah, sungguh kelakar.

Oh, TERIMA KASIH CIKGU!

Labels:




Website counter