|
|
DATANG! |
| |
Friday, July 30, 2010 11:42 PM
Bahasa Jawi.
Menulis Jawi senang sekali. Di madrasah mingguan, saya belajar ini. Jawi berasa dari negeri Arab. Ia mempunyai 22 huruf kesemuanya. Adalah Bahasa Melayu yang ditulis dengan menggunakan abjad Arab. Maka, terdapat banyak ejaan Jawi yang berasal dari ejaan Arab seperti nama saya di atas. Labels: 1. 11:32 PM
Lauk-pauk Melayu
RENDANG. Rendang berasal dari Indonesia. Rendang boleh dimasak ayam, daging, itik dan sebagainya. Banyak rempah- ratus harus diggunakan. Lazimnya, ia akan disajikan dengan pulut. AYAM MASAK MERAH. Masakkan nenek saya yang paling sedap. Ini adalah satu lagi daripada makanan kegemaran saya, selain daripada Horfun. Ayam masak merah adalah sebenarnya ayam yang dirempah dan dimasukkan ke sos yang pedas. Labels: 1. 11:14 PM
Kuih-muih tradisional melayu.
Pada setiap tahun hari raya, ibu saya akan membuat kuih tart dan makmur. Kuih ini leceh untuk dibuat. Ramai ibu-ibu lebih suka membeli kuih- muih ini dari bazaar Geylang daripada membuatnya sendiri. Saya beruntung mempunyai ibu yang tidak malas. Kuih makmur berbentuk seperti daun. Ia berwarna putih atau hijau. Isinya adalah kacang. Dan harus dibakar di ketuhar. Gular serbuk akan ditabur di atasnya. Kuih tart berbentuk matahari. Intinya nanas. Ia sedap dimakan. Untuk membuat bentuk matahari, ia harus menggunakan cetak. Labels: 1. 7:39 PM
Alat musik Tradisional Melayu.
GENDANG. Gendang dibuat daripada kulit binatang. Ada pelbagai macam gendang. Setiap kaum mempunyai gendang mereka sendiri. Gendang adalah dalam keluarga genderang. SERUNAI. Ini adalah alat musik tiup. Serunai mempunyai 8 lubang; 7 di depan dan 1 di belakang. Ada dua macam serunai. Serunai daun kelapa dan serunai batang padi. Serunai daun kelapa dibuat daripada daun kelapa dan berbentuk seperti tanduk. Serunai batang padi pula dibuat daripada batang padi. Labels: 1. Monday, July 26, 2010 4:34 PM
Dikir Barat
Menurut lelaman Wikipedia, Dikir Barat berasal dari negeri Kelantan. Dikir Barat melibatkan sekumpulan orang, antara sepuluh ke lima belas orang untuk bernyanyi dan diirinyi musik dari alat musik tradisional Melayu. Dikir Barat juga boleh dijadikan sebagai sebuah pertandingan. Mereka akan duduk bersila di atas pantai kadang-kadang dikelilingi penonton. Tok juara adalah ketua kumpulan itu. Dialah yang melantik penyanyi-penyanyi itu. Mereka akan selalunya berpantun. Labels: 1. Sunday, July 25, 2010 10:31 PM
4 Pantun, 4 Kerat.
Pergi kedai beli susu dengan cokelat Cadbury Balik rumah bawa pasu yang dibagi Aunty Mary Balik rumah naik MRT Lalu singgah di pasar raya Marilah tunjuk budi pekerti Bagi mengharumkan nama Singapura Pergi sekolah membawa bekal Ada roti disapu mentega Nama baik biarlah kekal Jangan hanya di musim YOG saja Beli buah- buahan di pasar Geylang Lalu nampak buah mangga Acara itu sangat gemilang Aku sebagai rakyat turut berbangga Labels: 1. 6:55 PM
Batik.
Adalah sehelai kain yang dilukis menggunakan lilin. Dan, lukisan itu dilukis oleh manusia, bukan mesin. Batik boleh didapati dalam pelbagai corak dan warna. Mula-mula, mereka akan melukis corak- corak dengan pensil dan akan jejak dengan menggunakan canting. Canting adalah alat yang diggunakan untuk meletakkan lilin di kain itu dengan rapi. Batik boleh diggunakan untuk apa sahaja. Sebagai pakaian, alas meja dan banyak lagi. Labels: 1. Saturday, July 24, 2010 4:33 PM
Tarian Melayu: Zapin& Lilin
Mereka semua sedang menari Tarian Lilin. Tarian lilin berasal dari negari Sumatra. Sebenarnya, ada cerita sebalik gerak-geri tarian lilin ini. Menurut wikipedia, ade seorang gadis yang telah menghilangkan cincin pertunangan dan cuba sedaya upaya untuk mencarinya. Dengan gerakkan badannya yang lembut, terciptalah tarian lilin. Penari tarian lilin perlukan banyak latihan supaya mereka boleh kawal lilin di atas piring itu tanpa sebarang kemalangan berlaku. Tarian Zapin. Tarian ini berasal dari Yaman. Ada pelbagai jenis tarian ini seperti Tarian Zapin Johor, Arab dan Pekan. Tarian ini bukanlah dasar gerak-geri seorang penari tetapi semuanya. Selalunya, tarian zapin diirinyi dengan musik daripada alat musik rebana, gambus, rebab, marakas dan gendang. Labels: 1. 1:21 PM
Sambutan Hari Raya Aidilfitri
Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, semua umat Islam harus berpuasa selama sebulan. Hari raya jatuh pada 1 haribulan Syawal tahun Hijrah. Pada malam ramai, orang akan mula bertakbir. Mereka hanya boleh bertakbir selama beberapa hari sahaja.Pada pagi raya pula, umat lelaki akan ke masjid untuk solat sunat hari raya. Hari raya selalunya disambut dengan riang dan gembira. Keluarga berkumpul untuk menyambutnya sama- sama. Lazimnya, orang- orang akan meminta ampun dengan orang tua. Kanak- kanak (termasuk saya) akan diberikan "angpau" iaitu duit raya! Banyak lauk-pauk yang akan dimasak pada hari itu. Sambal goreng, kari ayam dan asam pedas telur adalah apa nenek saya selalunya masak. Saya beruntung kerana ahli keluarga saya pandai menyayam ketupat. Setiap tahun, ibu dan bapa saya akan mengambil cuti sehari sebelum hari raya untuk menyayam ketupat dan menyemas rumah. Geylang akan selalu penuh sesak dengan orang. Kelurga- keluarga akan ke rumah- rumah saudara jauh dan menziarahi mereka. Labels: 1. Friday, July 23, 2010 7:20 PM
Permainan Tradisional.
Zaman nenek moyang kita mana ada computer atau televisyen? Mungkin ada televisyen, tapi kebanyakkan daripada mereka tidak mampu untuk membelinya. Jadi, untuk meluangkan masa lapang mereka, mereka telah mereka permainan yang hingga sekarang, masih lagi dimain. Hmm, marilah kita tengok jenis-jenis permainan tersebut! CONGKAK. Dari gambar di atas, congkak adalah permainan yang menggunakan papan yang mempunyai enam belas lubang dibahagikan kepada dua. Papan itu selalunya diukir cantik- cantik dan dibuat daripada kayu. Lagi banyak ukirkan, lebih mahal papan itu. Ada dua lagi lubang yang lebih besar di tepi- tepi papan itu. Satu di kiri, dan satu lagi di kanan. Lubang- lubang yang besar itu adalah di mana mereka skor dan itu dinamakan rumah. Lubang- lubang yang lain dipanggil gudang. Pemain yang dapat mengumpulakan lebih banyak biji di rumah akan menang. GASING. Adalah permainan yang digemari ramai. Di kampung, kanak-kanak sering mengadakan pertandingan gasing antara satu sama lain. Gasing boleh didapati di segala bentuk dan saiz. Ia juga dibuat daripada kayu. Ia dimain dengan tali yang dibuat daripada nilon dan panjangnya tergantung kepada panjangnya tangan pemain. Cara bermain gasing itu amat senang, pemain harus melepaskan tali itu dan gasing sesiapa yang berputar paling lama akan menang. SEPAK TAKRAW. Sepak takraw berasal daripada Malaysia. Bolanya dibuat daripada rotan. Dan boleh didapati di kedai- kedai permainan sekurang- kurangnya dua dolar. Lazimnya, permainan ini dimain secara berkumpulan terdiri lebih daripada empat orang. Sekarang, ia dikenal di merata dunia. Labels: 1. Wednesday, July 21, 2010 7:18 PM
blur.
Salam sejahtera semua. Sudah 4 hari saya tidak menulis apa-apa di blog saya. Maaf. Minggu ini amat memenatkan. Semalam, saya ada Kelab Hijau dan kami membuat bunga daripada barang kitar semula. Tidak sangkah bahawa apa yang dikira sebagai sampah boleh dijadikan sebagai pemegang pensil, anting-anting dan banyak lagi. Saya dan beberapa kawan daripada Kelab Hijau akan ke Suntec City besok sepanjang hari untuk "Singapore Garden Festival". Alahkan penatnya, daripada pukul 8 hingga 4 petang harus mengajar orang membuat bunga. Harap kebanyakan daripada terdiri daripada golongan remaja. (= Oh, semalam sedara saya datang ke rumah untuk mengucap selamat tinggal kepada Nyai (ya, saya panggil nenek saya itu) kerana dia hendak ke London untuk meneruskan pelajarannya di sana. Senorok kan? tak. Saya berasa sungguh tertekan kerana saya harus membuat sebuah video/audio menyanyikan lagu tema Bulan Bahasa. Siapa yang akan tolong saya? Siapa? Siapaaaa?! Saya juga haru membuat 5 kiriman tentang budaya melayu untuk Pertandingan Blogging itu. Tolong! Labels: personal. Saturday, July 17, 2010 3:13 PM
Sabtu.
Selamat tengah hari semua. Saya berasa sungguh segar kerana saya baru habis mandi PAGI. Sempat meluruskan rambut lagi. Sekarang, saya sedang menonton 'Dilwale Dulhania Le Jayenge' di Vasantham. Cerita ini sungguh romantik. >.< Shahrukh Khan sangat kacak! HAHAHAHAHAHAHA! Cepatnya masa berlalu, sudah tiga minggu semenjak Penggal tiga bermula. Minggu hadapan ada ujian Sejarah, Geografi dan Matematik. Sedih kan? Jumaat. Ada banyak benda yang menarik yang berlaku pada hari tersebut. Kecuali activiti 'H&F'. -_____- Oh, sebelum itu,... SELAMAT HARI JADI 'Belated' AZARINA! sayang awak. Jadi, semalam saya dapat membuat Aiskrim, makan HORFUNNNN, dan... SAYA TERNAMPAK SEORANG BUDAK SEKOLAH MENENGAH NORTHVIEW YANG TAMPAN SEKALI! Hehe, sudah 3 kali saya ternampak. Tambahan, saya tahu namanya. Hansem gilerr! Haa, cair.. Labels: SIDD. Friday, July 16, 2010 6:18 PM
Busana Melayu.
Thursday, July 15, 2010 7:34 PM
lagi satu lah.
Hehe, itu tanda tangan SEZAIRI SEZAIRI! Kebetulan Sezairi berada di tempat tentera di mana Abang saya bekerja. Jadi, Abang saya minta kawannya untuk tanda tangan untuk saya. Tetapi, dia tidak tulis nama saya. ): Meskipun demikian, tanda tangan tanpa nama pun tak apa lah. Ahh, cair hati saya..... Zzz. Pergi Johor naik lori, Jangan makan pakai tangan kiri. HAHAH! Membuat pantun dengan Fazurah amat gerek. \m/ Labels: gereks. 5:46 PM
kedua.
Alahai, penatnya. Sekarang sudah pukul 5.30pm dan saya baru pulang dari sekolah. Hehe, tapi dapatlah merayap ke Pusat Membeli- belah Northpoint sekejap. Akhirnya, dapat juga saya pulangkan buku-buku perpustakaan yang saya pinjam dua minggu lalu untuk peraduan menulis karangan yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu. Lega hati saya. Berbicara tentang pertandingan karangan itu... Bagaimana dengannya? Hmm, boleh tahan. Selain daripada harus bangun awal pada hari Sabtu, ia agak menarik dan menyeronokkan. Saya ke sana dengan Farah, Azarina dan Siti. Kami pun pergi ke Woodlands Civic Centre untuk menjumpai Cikgu Jariah dan Amin. Di sana, saya dan Siti nampak banyak kawan-kawan dari sekolah rendah. Maklumlah, kamikan dari sekolah rendah yang sama. Sampai sahaja di sana, kami pun mendaftarkan diri. Auditorium mereka bawah tanah. Sungguh 'cool' ! Kerana kami ke sana awal, kami terpaksa menunggu selama satu jam lebih sebelum mereka mulakan peraduan itu dan juga menunggu peserta dari sekolah-sekolah lain untuk sampai. Saya agak kecewa kerana di sana tidak ada Topik pada hari tersebut adalah "Impian dan *perkataan ini saya sudah lupa*" Topik itu agak susah. Dan kerana kebanyak peserta-peserta tidak tahu apa untuk menulis (seperti saya) kami menggunakan contoh yang diberikan oleh pengacara sebelum mula peraduan. Ceritanya mesti ada orang yang berpenyakit. Peraduan itu berlansung selama kira-kira dua jam. Selepas itu, Cikgu Jariah yang TERAMAT baik hati belanja kami makan tengahari di Cafe Galileo. Hmm, gadis mana yang tidak gosip? Jadi kami pun gosip. Termasuk Amin. Hahah, sungguh kelakar. Oh, TERIMA KASIH CIKGU! Labels: personal. Wednesday, July 14, 2010 7:26 PM
alahai.
Salam Sejahtera semua. Sudah hampir seminggu saya tidak menulis apa-apa di blog Melayu ini. Blogging menggunakan Bahasa Melayu amat kekok kepada saya. Tapi, saya akan CUBA! :D Hmm, Nisa, awak apa khabar? Alhamdullilah saya baik. Sudah tiga minggu semenjak sekolah buka semula untuk penggal ke-3. Saya kini amat sibuk dengan kerja rumah dan juga activiti-activiti di sekolah. Selepas satu bulan tidak ke sekolah, saya terlupa bagaimana rasanya untuk, er, ke sekolah dan belajar. Hampir setiap hari saya harus pulang ke rumah lambat. Ada pelbagai activiti tambahan. Terutama sekali, KELAB HIJAU. Minggu ini. Oh, mulalah activiti 'H&F' pada setiap pagi. Daripada pukul 6.45 pagi ke 7.15 pagi. Ini hanya wajib untuk orang yang GEMOK sahaja. Dan, nampak sah saya adalah salah satu daripada mereka. Kerana ini saya harus keluar rumah pada pukul 6.15 pagi. Ini sungguh penat dan membosankan. Dahulu, pada pukul 6.45 pagi saya masih di stesen tukar-menukar menunggu bas untuk ke sekolah. Tetapi, saya hanya boleh menyalahkan diri saya kerana menjadi gemok. Hari terfavorit saya masih hari Jumaat. Labels: Horfun affair. Sunday, July 4, 2010 8:07 PM
Mengapa Blog Bahasa Melayu?
Kerana guru saya, Cikgu Jariah suruh kita buat. Blog ini akan menentukan markah CA2 saya. Memandangkan trend masa kini, kebanyakan remaja sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan menganggap bahasa Melayu tidak penting. Siapalah akan tahu apa akan jadi jika kita membiarkan ini terjadi. Idea mengadakan blog ini amat bagus kerana ia akan dapat memperbaiki bahasa Melayu kita dengan cara yang menarik dan kreatif. Dengan adanya blog ini, saya dan kesemua teman-teman saya telah menyertai peraduan blogging anjuran Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura(KGMS) sempena bulan bahasa. Kita harus menulis tentang Permainan Tradisional, Busana, Muzik ataupun Seni Persembahan. Saya berharap blog ini akan membantu saya mempelajari budaya Melayu dengan lebih mendalam. :D Labels: pertama. Saturday, July 3, 2010 10:30 AM
Pertama!
Hahaha. Assalamualaikum. [; INILAH BLOG MELAYU SAYA,YA! Hi, nama saya Khairunnisa Rahman. Alah, panggil saja Nisa. Saya berumur 13 dan kini bersekolah di Sekolah Menengah Northbrooks. Inilah kali pertama saya ada blog Melayu macam ni. Kirekan 'COOL' lah tu eh. Nyahaha. Hmm, ingin tahu sedikit sebanyak tentang saya? MARI! Hari terfavorit saya adalah hari Jumaat, kerana ada HORFUNNNN! Saya gemar menonton televisyen. 'Glee' dan 'American's Next Top Model' adalah rancangan-rancangan yang saya suka nonton. Saya harus menggunakan komputer pada setiap hari. HARUS. Saya seorang yang tidak minat membaca buku. Tetapi, kadang-kala saya akan ke perpustakaan untuk meminjam buku kerana saya percaya bahawa jika saya baca, ia boleh memperbaiki Melayu saya, dari segi percakapan dan bahasa. MUSIK! Saya harus membawa MP3 saya ke mana-mana saya pergi. Saya akan rasa bosan jika tidak mendengar musik. Lagu "Heavy metal" tidak PERNAH saya minati. Ia hanya bunyi bising apabila didengari. Oh, musik juga membantu saya belajar. Apabila saya mendengar musik sambil belajar, saya akan mengingat fakta itu lebih baik. Lady Gaga, Adam Lambert, Mario, Neyo, Cheryl Cole, Selena Gomez, Justin Bieber adalah artis-artis yang saya gemari. Alah, sebenarnya, Semua artis saya suka. Hehe. \m/ Labels: wellow. |