SELAMAT
DATANG!


Thursday, November 29, 2012 12:45 PM
Assalamualaikum!


Hi! Sudah dua tahun saya tidak ke lelaman web ini. Sekarang saya dah 16 tahun dah. Sudah tamat pelajaran di Sekolah Menengah Northbrooks. Saya rasa amat janggal menaip Bahasa Melayu untuk kiriman ini. Tetapi baguslah, menerusi lelaman ini, saya dapat memperbaiki Bahasa Melayu saya, betul? hehehe

Kunjungilah blog bahasa Inggeris saya! di sini Saya akan cuba menulis kiriman  sekurang-kurang satu sehari. Saya rasa amat bosan kebelakangan ini. Maklumlah, cuti sekolah sudah bermula. Dan saya kerja malam, pada waktu siang saya habiskan masa dengan komputer.

Ada banyak perkara yang saya ingin pelajari, belajar jahit, belajar melukis, kata sahaja nak besenam untuk kurus. Apa sahaja. Semua akhirnya tidak tercapai. Saya betul-betul hendak pergi berbasikal. Tetapi tiada siapa mahu menemani. Cuaca pun tidak cerah kebelakangan ini.

ok, itu sahajalah untuk hari ini!

Labels:



Wednesday, September 8, 2010 9:43 PM
Hello Geylang!


Geylang adalah tempat di mana semua orang akan pergi berbeli-belah untuk barang-barang Raya sebelum Hari Raya Aidilfitri. :D






























Labels:



8:35 AM
Personal post terakhir.


AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Salam sejahtera. Hehe. :D

HARI RAYA AIDILFITRI DAH NAK DEKAT!

Hati saya berdebar-debar menunggu ketibaannya.HEHE. Oh, kerana saya tidak begitu tinggi, saya haruslah memakai kasut tumit -____- Saya belum beli pun kasut itu. Berasa sungguh malas untuk keluar jalan- jalan.

Saya agak kesian melihat keadaan ibu saya. Siang malam dia sibuk membuat kerja. Pasti otaknya penuh dengan isu-isu. Isu di kerja, isu baju apa hendak pakai, isu kemas rumah, isu tukar cadar. Hmm...

Kadangkala apabila mendengar orang yang akan balik ke kampung untuk beraya, saya berasa agak cemburu. Kenapa saya tiada kampung? O.o Kampung..... Gembira, Kanak-kanak main kejar-kejar, Saudara-mara bersembang di halaman rumah. Wah, tentu seronokkan? pfft, ibu saya sendiri tidak percaya jika saya boleh bertahan saya hari di kampung. Baik punyaaaaa. -_-

Tetapi di rumah HBD ini pun seronok lah. Untung nenek tinggal dengan saya sekeluarga. Semua saudara- mara dari mana sahaja akan datang. Saya akan dapat duit "collection". Alahai >.< HAHAHAH! Oh, saya pun belum beli beg tangan."Clutch" saya yang digunakan tahun lepas sudah jahanam. Alahai!

Rah, saya berasa sungguh keliru sekarang. Hendak kerintingkan rambut atau tidak? Hmm. Saya sayangggggg sangat rambut saya ini. Baru sahaja 2 tahun yang lepas saya meluruskannya. Habislah nanti, rosak rambut. -_- Kebelakangan ini, saya telah mengganggu teman-teman saya untuk menanyakan soalan yang sama; "Keringtingkan atau tidakkkk?!"

Selepas banyak memikir, saya tidak akan membuatnya ): Demi kebaikkan rambut saya. Lagipun, saya ada pelurus dan mengerinting rambut. Jadi, dua-dua saya boleh buat. Lebih seronok daripada mempunyai satu "hairstyle" sahaja. :D

Labels:



Monday, August 16, 2010 3:24 PM
Hello.


SELAMAT TENGAH HARI SEMUA!
Hehe, sekarang ini saya berada di Makmal Komputer di sekolah. Dan Azra sedang duduk di sebelah saya. :D

Oh, kepada semua orang Muslim di luar sana, SELAMAT BERPUASA YA!

Saya tidak mempunyai idea langsung. -______-
TAHUKAH ANDA BAHAWA HARI JADI SAYA AKAN DATANG?!
SUNGGUH MENYERONOKKAN, KAN?!
saya tahu.

Minggu lepas, Singapura telah menyambut hari jadinya ke 45. Seperti tahun-tahun yang lain, kami akan mempunyai NDP. Tahun ini, ia diadakan di Padang. Hmm, saya tidak dapat ke sana tetapi saya juga dapat menontonnya secara 'live'. Melalui televisyen.

Saya berasa bangga terhadap Singapura. Kecil, tetapi 'BOOMZ!'. Sama macam Cik Linda. Kami juga akan mengadakan 'Youth Olympic Games' di sini. Seronok kan? Dapatlah lihat atlet-atlet kacak dari luar negeri di Singapura. Alahai!

Saya pasti semua orang akan bersetuju apabila saya berkata bahawa Acara Perbukaan YOG lebih 'WOW' daripada NDP. Pfft, mestilah! Kata seluruh dunia akan menontonnya. :D

Labels:



Saturday, August 7, 2010 9:27 AM
Semalam hari Jumaat.




Selamat pagi semua!
*muahmuah*

Semalam, sekolah saya meraihkan Hari Kebangsaan dan juga Hari Keharmonian Kaum. Kita harus ke sekolah memakai kostum etnik. Saya memakai baju kurung berwarna ungu. Saya tahu, tidak begitu menarik untuk memakai kostum kaum sendiri, tetapi, apa nak buat?


Saya ke sekolah dengan Syazwani kerana berasa malu dan tidak selesa jika menaiki kenderaan awam dengan baju kurung. Bapak dia memandu kami ke sana. Oh, terima kasih Syaz kerana membuat saya sampai lewat ke sekolah. -_- Lambat 5 minit! Tetapi alhamdulillah, Cik Nair membenarkan kami naik ke dewan.

Saya tidak mempunyai beg yang sesuai dengan baju kurung saya, jadi, saya menggunakan beg yang "Cheapo" yang makcik- makcik akan bawa ke pasar untuk menggantikan beg plastik. Tetapi ia dari Levis dan warnanya hitam- warna yang boleh diggunakan untu
k apa saja warna. Hehe.

Sebelum menyanyikan lagu kebangsaan, ahli-ahli UG membaris membawa bendera Singapura dan Sekolah. Cantik sungguh! Semua orang di dewan menyanyikan lagu kebangsaan dan sekolah dengan bangga. Selepas itu, kami disuruh untuk balik ke kelas untuk membuat sebuah karya yang melibatkan menampal gambar- gambar dari majalah. Kumpulan saya amat gerek! Kami berkerjasama dan bergembira. Saya menyuruh Batrisyia memetik gambar untuk saya, dan semuanya cantik-cantik.



Pada pukul 9.15 pagi, kami turun ke dewan untuk menyaksikan perayaan untuk meraihkan Hari itu. Kami juga mempunyai kawan-kawan dari Changsha, China. Perayaan itu sungguh menarik. Kawan- kawan dari China juga telah menyiapkan sebuah item untuk kami. Menjoget, memain seruling. Wah, mereka semuanya berbakat.

Oh, kelas kami mendapat hadiah! Coklat.Coklat dan coklat! :DD kelas 2G2 pun dapat.

Selepas sekolah tamat, saya dan Azra bergambar dengan kawan- kawan baik kami.



Labels:



Thursday, August 5, 2010 8:51 PM
Salam.


*muahmuah*
Sudah lama saya tidak menulis sebuah kiriman peribadi. Tepat 16 hari. Alhamdullilah, peraduan Blogging itu pun sudah tamat. Lega sedikit hati saya.


Oh,
SEDARA SAYA YANG TERAMAT HANSEM,
SUDAH BALIK KE BAHRAIN! )':


Kapal terbang naik kelas perniagaan pula ini. Saya sungguh cemburu dan berasa sungguh sedih kerana tidak akan dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan mereka. Alahai >.<

Labels:



Sunday, August 1, 2010 8:07 PM
Ya Ampun!




Inilah lagu Bulan Bahasa edisi Nisa. Sungguh tidak semerdu Siti, )':
Jangan dengar lah.

Labels:



Friday, July 30, 2010 11:42 PM
Bahasa Jawi.



Menulis Jawi senang sekali. Di madrasah mingguan, saya belajar ini. Jawi berasa dari negeri Arab. Ia mempunyai 22 huruf kesemuanya. Adalah Bahasa Melayu yang ditulis dengan menggunakan abjad Arab. Maka, terdapat banyak ejaan Jawi yang berasal dari ejaan Arab seperti nama saya di atas.

Labels:



11:32 PM
Lauk-pauk Melayu



RENDANG.
Rendang berasal dari Indonesia. Rendang boleh dimasak ayam, daging, itik dan sebagainya. Banyak rempah- ratus harus diggunakan. Lazimnya, ia akan disajikan dengan pulut.


AYAM MASAK MERAH.
Masakkan nenek saya yang paling sedap. Ini adalah satu lagi daripada makanan kegemaran saya, selain daripada Horfun. Ayam masak merah adalah sebenarnya ayam yang dirempah dan dimasukkan ke sos yang pedas.

Labels:




Website counter